Tuesday 13 August 2013

Membawa masuk kenderaan ke Langkawi

Kenderaan persendirian atau perniagaan boleh dibawa masuk ke Langkawi melalui Kuala Kedah dengan menggunakan perkhidmatan tongkang. Kos perkhidmatan bergantung kepada c.c setiap kereta. Setiap kenderaan yang akan dibawa masuk perlu dihantar sebelum jam 5.00 petang dan akan tiba keesokan paginya di pelabuhan Tanjung Lembong, Langkawi. Waktu operasi setiap hari kecuali Jumaat. Syarikat yang mengendalikan perkhidmatan ini ialah Wantas dan Pertiwi Shipping yang beroperasi bersebelahan jeti penumpang Feri Kuala Kedah. Setiap pemilik kenderaan hanya perlu menyediakan salinan geran kenderaan bagi urusan penghantaran.

Bagi urusan penghantaran dari Langkawi pula ada melibatkan pihak Kastam yang akan 'mencari' barang bercukai yang akan dibawa keluar.

No tel pertiwi Kuala Kedah 04 7622202

Kini juga terdapat feri roro yang mengangkut kenderaan bersama penumpang. Sila rujuk ------->
http://www.langkawiroro.com/

KAMI MENAWARKAN  PENGINAPAN BAJET DI lANGKAWI 

No comments:

Post a Comment